Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘brunei’


Adakah Hukum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia? Ramai yang berpendapat hukum hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah Masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Ramai yang percaya hukum hudud hanya boleh di laksanakan setelah orang Islam mempunyai iman yang betul dan kuat. Walaubagaimanapun, ahli PAS mempunyai pendapat yang bertentangan. Mereka berpendapat hukum hudud hendaklah dilaksanakan di Malaysia sekarang, tanpa mengambil kira umat Islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat atau tidak. Bilakah agaknya semua umat islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat? Adakah terdapat sebarang usaha atau kerja bagi orang Islam atau kerajaan Malaysia untuk memperbetulkan dan mengukuhkan keimanan untuk semua umat Islam di Malaysia? Adakah benar bahawa apabila umat Islam mempunyai iman yang lemah, kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud di Malaysia? Bila akan tiba masanya untuk hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia? PAS berjanji kepada rakyat Malaysia semasa kempen pilihanraya bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika PAS di pilih untuk memerintah Malaysia. PAS berjanji apabila mereka di pilih untuk memerintah Malaysia, mereka akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam. Semenjak PAS menyertai DAP dan PKR, slogan Negara Islam dan hukum hudud telah menjadi lemah dan kini PAS menukar slogan kepada Negara Berkebajikan. PAS menukar slogan kerana mereka mahu memenangi undi dari orang bukan Islam. Selama bertahun-tahun, PAS telah cuba memenangi pilihan raya umum dengan menggunakan slogan Negara Islam dan Hukum Hudud tetapi mereka gagal dan hanya berjaya memerintah Negeri Kelantan. Ramai ahli PAS berpendapat bahawa mereka boleh menang pilihan raya umum dan memerintah Malaysia jika mereka menukar slogan tradisional mereka kepada Negara Berkebajikan. Dengan slogan yang baru, PAS bersedia untuk bekerja bersama DAP yang merupakan sebuah parti yang mana bermati-matian menentang konsep Negara Islam dan Hukum Hudud. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »