Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Allah’


Allah telah memerintahkan semua umat Islam untuk membaca Surah Al-Fatihah di dalam setiap solat lima waktu. Ia adalah wajib bagi setiap umat Islam untuk membaca Surah Al Fatihah di dalam setiap rakaat solat. Tanpa membaca Surah Al-Fatihah di dalam setiap rakaat solat, maka solat tidak akan di terima oleh Allah. Setiap umat Islam mengetahui bahawa menjadi kewajipan bagi mereka menunaikan solat lima waktu. Setiap umat Islam juga mengetahui bahawa menjadi kewajipan untuk setiap umat Islam membaca Surah Al Fatihah di dalam setiap rakaat dalam solat lima waktu. Sekiranya seseorang tidak membaca Surah Al Fatihah dalam mana-mana rakaat, solatnya akan menjadi tidak sah dan batal serta tidak di terima oleh Allah. Oleh itu, setiap umat Islam hendaklah membaca dan menghafal Surah Al Fatihah dengan betul dan mestilah memahami makna dan memahami tafsiran dari Surah Al Fatihah maka dengan itu umat Islam dapat mengamalkan perintah Allah yang mana terkandung dalam Surah Al Fatihah. Setiap umat Islam sepatutnya bukan hanya mengetahui makna tetapi juga hendaklah mengetahui tafsiran yang betul dari Surah Al Fatihah. Umat Islam akan hanya dapat mengamalkan pelbagai perintah Allah yang mana di jelaskan dalam Surah Al Fatihah apabila umat Islam memahami kedua-dua maksud dan tafsiran dari Surah Al Fatihah. Dalam setiap surah dalam Quran hanya Surah Al Fatihah sahaja di jadikan kewajipan oleh Allah untuk di baca oleh setiap umat Islam di dalam setiap solat. Allah yang mencipta manusia mahu manusia mengamalkan segala perintah Allah yang mana di tetapkan oleh Allah di dalam Surah Al Fatihah. Allah mahu segala perintah-Nya yang terkandung dalam Surah Al Fatihah untuk menjadi  amalan yang paling asas bagi setiap umat Islam. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »


Adakah Hukum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia? Ramai yang berpendapat hukum hudud tidak boleh di laksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah Masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Ramai yang percaya hukum hudud hanya boleh di laksanakan setelah orang Islam mempunyai iman yang betul dan kuat. Walaubagaimanapun, ahli PAS mempunyai pendapat yang bertentangan. Mereka berpendapat hukum hudud hendaklah dilaksanakan di Malaysia sekarang, tanpa mengambil kira umat Islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat atau tidak. Bilakah agaknya semua umat islam di Malaysia mempunyai iman yang betul dan kuat? Adakah terdapat sebarang usaha atau kerja bagi orang Islam atau kerajaan Malaysia untuk memperbetulkan dan mengukuhkan keimanan untuk semua umat Islam di Malaysia? Adakah benar bahawa apabila umat Islam mempunyai iman yang lemah, kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud di Malaysia? Bila akan tiba masanya untuk hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia? PAS berjanji kepada rakyat Malaysia semasa kempen pilihanraya bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika PAS di pilih untuk memerintah Malaysia. PAS berjanji apabila mereka di pilih untuk memerintah Malaysia, mereka akan menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam. Semenjak PAS menyertai DAP dan PKR, slogan Negara Islam dan hukum hudud telah menjadi lemah dan kini PAS menukar slogan kepada Negara Berkebajikan. PAS menukar slogan kerana mereka mahu memenangi undi dari orang bukan Islam. Selama bertahun-tahun, PAS telah cuba memenangi pilihan raya umum dengan menggunakan slogan Negara Islam dan Hukum Hudud tetapi mereka gagal dan hanya berjaya memerintah Negeri Kelantan. Ramai ahli PAS berpendapat bahawa mereka boleh menang pilihan raya umum dan memerintah Malaysia jika mereka menukar slogan tradisional mereka kepada Negara Berkebajikan. Dengan slogan yang baru, PAS bersedia untuk bekerja bersama DAP yang merupakan sebuah parti yang mana bermati-matian menentang konsep Negara Islam dan Hukum Hudud. (selanjutnya…)

Read Full Post »