Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Pekerja Bestari


Pekerja Bestari adalah harapan bagi Malaysia yang menuju wawasan 2020. Untuk menjadikan setiap rakyat Malaysia agar menjadi pekerja bestari usaha perlu di jalankan. Usaha yang perlu di jalankan adalah usaha ke atas pemikiran dan keyakinan setiap rakyat Malaysia. Pemikiran dan keyakinan rakyat Malaysia terhadap kerja perlu di ubah. Kini kebanyakkan manusia dan khasnya rakyat Malaysia mempunyai pemikiran dan keyakinan yang salah terhadap kerja. (selanjutnya…)

Read Full Post »



1000


Apabila seseorang tidak beriman, Allah tidak akan memberikan seseorang tersebut pemahaman yang betul tentang Islam. Seseorang yang tidak di beri oleh Allah kefahaman Islam dengan betul maka tidak akan membuat fatwa yang betul. Apabila seseorang yang tidak diberi oleh Allah kefahaman Islam dengan betul dan membuat satu fatwa maka akan menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam. Pada pandangan saya, pemimpin PAS adalah bukan orang beriman tetapi hanya sekadar orang Islam. Oleh yang demikian, pemimpin PAS tidak diberi oleh Allah kefahaman Islam yang betul dan apabila mereka membuat fatwa maka sudah tentu fatwa mereka adalah salah. Apabila pemimpin PAS membuat fatwa yang salah, dengan ini menyebabkan pergolakan dan kekeliruan terhadap umat Islam di Malaysia. PAS telah mengeluarkan banyak fatwa salah yang mana menyebabkan banyak pergolakan dan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia. Pada pandangan saya, sebenarnya pemimpin PAS sendiri sangat keliru tentang Islam dan mereka keliru adalah kerana mereka tidak memahami ajaran Islam dengan betul. Tidak di ragui bahawa mereka mengetahui banyak tentang maklumat agama Islam tetapi mereka sebenarnya tidak memahami agama Islam dengan betul. Pada pandangan saya, pemimpin PAS tidak dapat membezakan di antara usaha yang akan menyebabkan orang mengamalkan Islam dan usaha yang akan membuatkan seseorang mendapatkan kuasa dan kekayaan. Allah perintah umat Islam bekerja untuk kehidupan tetapi Allah tidak perintah umat Islam bekerja untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Tiada politik di dalam Islam kerana apabila seseorang masuk ke dunia politik ini bermaksud bahawa seseorang adalah sedang berusaha untuk memperolehi kuasa dan kekayaan yang mana di larang dalam Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »


UMNOPada pendapat saya, UMNO dan Barisan Nasional akan boleh mendapatkan 2/3 majoriti di dalam Parlimen sekiranya semua orang melayu di dalam PAS dan semua orang melayu di dalam PKR menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Apabila semua orang melayu di dalam PAS dan semua orang melayu di dalam PKR menyertai UMNO, sudah tentu ini sangat baik untuk agama Islam, baik untuk orang melayu dan juga untuk Malaysia. Apabila orang melayu samaada di dalam UMNO, PAS dan PKR telah bersatu, maka inilah sebenarnya hari yang mana semua orang melayu mula menjadi gemilang, cemerlang dan terbilang. Apabila semua orang melayu bersatu di dalam UMNO yang bermaksud United Muslims National Organisation, pada pandangan saya, dengan izin Allah, UMNO dan Barisan Nasional akan boleh memenangi 2/3 majoriti di Parlimen walaupun tanpa sokongan daripada orang cina atau India semasa pilihanraya umum. Dengan izin Allah, apabila Barisan Nasional boleh memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen walaupun tanpa sokongan orang cina dan India maka jalan bagi melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia akan bertambah mudah dan senang. Pada pandangan saya, apabila UMNO sebagai parti terbesar di dalam Barisan Nasional bersetuju di dalam melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia maka parti lain di dalam Barisan Nasional termasuk MCA dan MIC pasti juga akan bersetuju bersama UMNO untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia. Sekiranya sebarang parti orang bukan Islam di dalam Barisan Nasional tidak bersetuju dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia tetapi lebih daripada 2/3 ahli-ahli Parlimen yang merupakan orang melayu dan orang Islam daripada UMNO dan Barisan Nasional, pada pandangan saya, perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia dengan mudah akan di luluskan oleh Parlimen Malaysia. (selanjutnya…)

Read Full Post »


UMNO

Sebelum ini, ramai orang cina percaya bahawa konsep berkongsi kuasa dan kekayaan adalah satu konsep terbaik dan sesuai di dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman damai dan sejahtera. Oleh yang demikian, orang cina di Malaysia telah menubuhan parti orang cina iaitu MCA yang mewakili orang cina di dalam Barisan Nasional. Hanya terjadi pada PRU13 apabila ramai orang cina telah mula mempersoalkan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan di antara pelbagai kaum di Malaysia dan menyebabkan MCA telah kehilangan banyak sokongan daripada orang cina. Mengapa pada PRU13 yang lepas orang cina mula mempersoalkan konsep berkongsi kekayaan dan kuasa yang mana terbukti bahawa konsep ini boleh mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia selama 56 tahun. Pada pendapat saya, ini adalah kerja Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah membuatkan orang cina mempersoalkan konsep berkongsi kuasa dan kekayaan yang mana telah 56 tahun di laksanakan dan terbukti  dapat mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan di Malaysia. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah berjanji pada masyarakat cina bahawa Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Malaysia dengan syarat semua orang cina di Malaysia mengundi DAP dan parti lain di dalam Pakatan Rakyat tetapi bukan MCA atau Barisan Nasional. Kesannya adalah ramai orang cina yang percaya terhadap janji manis Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang malah hampir keseluruhan orang cina di Malaysia mengundi DAP atau parti di dalam Pakatan Rakyat tetapi bukan Barisan Nasional di dalam PRU13 yang lepas dan fenomena ini di sebut sebagai tsunami cina. (selanjutnya…)

Read Full Post »


UMNO

Saya berpendapat bahawa kemungkinan besar ramai orangmelayu terutamanya golongan belia telah berfikiran agama setelah mendengar banyak ceramah yang telah di berikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan ustaz-ustaz lain di tambah dengan kerja yang di lakukan oleh ahli Jemaah Tabligh. Pada pendapat saya, orang melayu lebih berfikiran ke arah agama pada PRU13 telah mengundi untuk Pakatan Rakyat yang mana sebelumnya mereka telah mengundi Barisan Nasional. Saya percaya ramai orang cina dan golongan belia kaum cina juga telah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lepas kerana mereka mahu satu kerajaan yang lebih mengutamakan kaum cina dan kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah, nepotisme dan kronisme. Saya berfikir bahawa PRU13 yang lepas, ramai orang cina yang telah mengundi DAP daripada mengundi MCA kerana mereka percaya bahawa DAP lebih mewakili mereka berbanding MCA di dalam kerajaan dan mereka percaya dengan janji yang telah di buat oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim bahawa INI KALILAH! Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional. Ramai orang cina sangat yakin bahawa INI KALILAH! Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional. Pandangan saya adalah ramai orang cina tidak berasa puas hati dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak menjangkakan bahawa Barisan Nasional masih dapat memenangi pilihanraya umum. Untuk mengelakkan daripada di salahkan oleh orang cina kerana kekalahan Pakatan Rakyat, dengan pantas selepas keputusan PRU13 di umumkan, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang mendakwa bahawa keputusan PRU13 adalah tidak sah dan batal. Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menyalahkan SPR sebagai satu badan yang tidak mempunyai integriti kerana SPR membolehkan Barisan Nasional menang dalam PRU13 dengan amalan menipu. (selanjutnya…)

Read Full Post »


UMNOAnwar Ibrahim sangat bijak membuatkan pemimpin PAS agar bersetuju dengan cadangannya bahawa PAS tidak bersendirian malah dapat bersama-sama dengan PKR dan DAP dalam usaha untuk melawan Barisan Nasional. Saya yakin dengan matlamat utama yang di gunakan oleh Anwar Ibrahim untuk meyakinkan pemimpin PAS untuk bersama Pakatan Rakyat adalah untuk membentuk gabungan parti pembangkang yang sangat kuat. Saya pasti bahawa Anwar Ibrahim telah menggunakan idea bahawa hanya gabungan parti pembangkang dapat melawan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tidak akan mempunyai kekuatan gabungan pembangkang tanpa PAS menyertai Pakatan Rakyat. Saya pasti pada mulanya PAS sangat teragak-agak untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana apabila menyertai Pakatan Rakyat in i bermakna PAS juga akan mempunyai kerjasama dengan DAP yang merupakan parti bukan Islam. Mengapa dan bagaimana PAS akhirnya boleh menyertai Pakatan Rakyat? Sebelum menyertai Pakatan Rakyat, saya mendengar bahawa pemimpin PAS pergi untuk berjumpa dan meminta nasihat daripada ulama terkenal iaitu Sheikh Yusuf Qardawi dan ulama tersebut telah menasihati pemimpin PAS bahawa dibenarkan untuk bersekutu dengan parti orang bukan Islam selagi mana tujuan bersekutu dengan parti orang bukan Islam untuk menggulingkan kerajaan zalim dan menurut pemimpin PAS, Barisan Nasional adalah kerajaan zalim. Dengan berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Sheikh Yusuf Qardawi maka PAS membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha menggulingkan Barisan Nasional yang mana PAS percaya dengan yakin bahawa Barisan Nasional adalah satu kerajaan yang sangat zalim. (selanjutnya…)

Read Full Post »


 

 

 

 

 

UMNOSebagaimana dalam ucapan Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini kepada rakyat Malaysia bahawa matlamat sebenar Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO pada tahun 1982 adalah hanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr Mahathir juga mengakui bahawa beliau pada mulanya telah di tipu oleh penampilan luaran Anwar Ibrahim yang kelihatan sangat islamik. Tun Dr Mahathir juga mengaku secara terbuka bahawa penampilan Anwar Ibrahim yang islamik telah membuatkan beliau percaya terhadap Anwar Ibrahim seorang yang alim. Tun Dr Mahathir mengatakan kepada rakyat Malaysia bahawa pada mulanya, beliau telah membuat perancangan untuk menggunakan Anwar Ibrahim agar dapat menyerapkan nilai Islam di kalangan ahli UMNO tetapi dalam masa yang sama,  Anwar Ibrahim telah menggunakan perancangan Tun Dr Mahathir untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Semasa Anwar Ibrahim di dalam UMNO, Anwar Ibrahim menggunakan banyak strategi politik di dalam usaha untuk membunuh kerjaya politik musuhnya di dalam UMNO dan dalam masa yang sangat singkat Anwar Ibrahim telah berjaya menjadi Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tahun 1998, Tun Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu telah melucutkan jawatan  Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir melalui Ahli Eksekitif UMNO juga memecat Anwar Ibrahim daripada menjadi ahli UMNO dan Barisan Nasional. Apabila Anwar Ibrahim di lucutkan jawatan daripada menjadi ahli UMNO dan Barisan Nasional, Anwar Ibrahim mengetahui bahawa “plan A” untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia melalui UMNO gagal dan Anwar Ibrahim kini sedang bekerja keras untuk “plan B” bagi mencapai jawatan Perdana Menteri Malaysia. Siapakah orang yang pertama melawat Anwar Ibrahim apabila Anwar Ibrahim dipecat oleh Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan keahlian UMNO? (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »