Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Amar Makruf Nahi Munkar’ Category


Sunnah dan SunnatDengan izin Allah dalam artikel saya yang lepas, saya telah menerangkan tentang maksud Sunnah. Semua amalan Nabi Muhammad s.a.w di kenali sebagai Sunnah. Sunnah adalah menjelaskan Quran. Kedua-dua Quran dan Sunnah daripada Allah. Quran adalah perkataan Allah yang menjelaskan keinginan Allah dan Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w yang diperintahkan oleh Allah bagi menjelaskan semua amalan yang sepatutnya di amalkankan oleh setiap orang Islam dalam usaha untuk menunaikan keinginan Allah. Dalam maksud yang lain, Sunnah adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w untuk menjelaskan Quran. Nabi Muhammad s.a.w telah tinggalkan orang Islam dengan Quran dan Sunnah dan sesiapa di kalangan orang Islam yang mengikut Quran dan Sunnah, mereka tidak akan sesat daripada jalan yang benar. Hadis adalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w yang menerangkan Sunnah. Hadis boleh jadi hadis sahih atau boleh jadi hadis palsu tetapi tiada amalan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w adalah Sunnah Palsu. Terdapat banyak Hadis  yang palsu dan orang Islam seharusnya tidak mengamalkan segala yang di nyatakan di dalam Hadis Palsu. Quran telah di tuliskan semasa zaman Khalifah Abu Bakar r.a setelah beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w tetapi Hadis telah di tulis lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Pada pendapat saya, mengapa terdapat banyak hadis palsu adalah kerana Allah tidak menjanjikan untuk memelihara hadis  sebagaimana Allah telah berjanji untuk memelihara kesucian Al-Quran. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Sunnah dan Sunnat

Ramai umat Islam tidak sedar perbezaan antara Sunnah dan Sunnat. Ramai umat Islam berfikir bahawa dua perkataan ini adalah sama maksudnya. Ramai umat Islam mengetahui perkataan Sunnat tetapi terlalu sedikit yang mengetahui dan memahami perkataan Sunnah. Ramai umat Islam berfikir bahawa perkataan Sunnah juga bermaksud Sunnat. Apabila sesuatu yang di nyatakan Sunnah, ramai umat Islam berfikir bahawa Sunnah adalah Sunnat untuk di amalkan. Apabila satu amalan Sunnat maka ini bermaksud bahawa amalan tidak wajib atau tidak fardu untuk di amalkan oleh setiap umat Islam. Satu amalan yang Sunnat boleh jadi amalan tersebut adalah di galakkan atau sangat di galakkan untuk di amalkan. Ramai orang Islam yang lelaki mempunyai janggut kerana mereka percaya amalan berjanggut adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun ramai umat Islam yang tidak mengetahui hukum menyimpan janggut adalah hanya Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Menurut masyarakat Islam di Negara India yang majoriti mengikut mazhab Imam Hanafi bahawa amalan berjanggut adalah wajib. Walaubagaimanapun, Hukum Wajib di dalam Mazhab Imam Hanafi adalah sama seperti Sunnat Muakkad atau sangat di galakkan di dalam Mazhab Shafie. Sesetengah umat Islam memakai serban atau jubah kerana mereka percaya amalan adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimana pun ramai umat Islam yang tidak mengetahui apakah hukum memakai serban dan jubah. Hukum memakai serban dan jubah adalah hanya Sunnat yang tidak muakkad atau tidak di galakkan untuk di amalkan oleh umat Islam. Terdapat sesetengah umat Islam yang sangat mementingkan dalam memakai serban dan jubah tetapi mereka tidak mementingkan dalam mematuhi Sunnah yang Fardu atau wajib untuk di amalkan oleh umat Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »


imagesApakah kebaikan? Seseorang akan di katakan membuat amalan baik apabila seseorang bersedia untuk mengucap Kalimah Mulia. Apakah Kalimah Mulia? Kalimah Mulia adalah Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah. Perkataan ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’ juga bermaksud tiada yang boleh memberi kebaikan dan keburukan kepada manusia melainkan Allah dan ini juga bermaksud tiada yang boleh memberikan kemuliaan dan kehinaan melainkan Allah (selanjutnya…)

Read Full Post »


 

lovePada pendapat saya tafsiran hadis, mencegah mungkar dengan hati adalah membenci amalan mungkar/maksiat tetapi bukan membenci orang yang membuat mungkar/maksiat adalah tafsiran hadis yang sangat salah. Allah tidak memerintahkan umat Islam untuk membenci amalan mungkar, membenci orang yang membuat mungkar/maksiat atau membuat mungkar/maksiat. Mengapa kita mesti membenci amalan mungkar atau mencintai amalan baik? Kita tidak di perintahkan untuk membenci atau mencintai sebarang amalan atau membenci seseorang tetapi mencintai seseorang. Kita di perintahkan untuk membuat amalan baik dan tidak di perintahkan untuk membuat amalan buruk. Allah memerintahkan kita untuk mencintai seluruh manusia dan bukan membenci sesiapa. Kita di perintahkan oleh Allah untuk membuat amalan baik dan tidak membuat amalan buruk. Apabila seseorang membenci amalan buruk maka secara tidak langsung seseorang akan membenci seseorang yang membuat amalan buruk. Apabila seseorang membenci seseorang yang lain maka seseorang itu telah melanggar perintah Allah.

(selanjutnya…)

Read Full Post »


KEBENARAN

Apakah yang benar? Ramai yang percaya terdapat banyak kebenaran tetapi hakikatnya hanya satu sahaja kebenaran. Apakah satu yang benar?  Satu yang benar adalah TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH. Selain dari Allah adalah bukan tuhan dan mempercayai  terdapat tuhan selain Allah adalah kepercayaan yang sangat salah. Tiada tuhan selain Allah adalah satu perkataan yang benar dan mempercayai bahawa tiada tuhan melainkan Allah adalah kepercayaan yang sangat benar. Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah adalah juga perkataan yang sangat benar dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah adalah kepercayaan yang sangat benar. Perkataan Allah adalah perkataan yang benar dan perkataan selain Allah adalah perkataan yang sangat salah. Seseorang yang mempercayai perkataan Allah adalah mempercayai yang benar dan seseorang yang mempercayai perkataan selain Allah adalah mempercayai yang tidak benar. Ramai yang percaya bahawa terdapat banyak jalan yang benar tetapi hakikatnya jalan yang benar hanya satu jalan. Yang mana satukah jalan yang benar? Jalan yang benar adalah jalan mengajak manusia kepada Allah. (selanjutnya…)

Read Full Post »


gazaboytankDalam Al-Quran Allah telah mengutuk orang-orang Yahudi bukan kerana mereka berbangsa Yahudi, tetapi kerana tindakan buruk orang Yahudi. Allah mengutuk Firaun ( Firaun ) raja-raja Mesir , bukan kerana mereka Firaun tetapi kerana tindakan buruk mereka. Allah tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana  bangsa tetapi dengan amalan mereka. Ia adalah salah dan tidak masuk akal untuk percaya apabila Allah  mengutuk orang-orang Yahudi maka umat Islam perlu melakukan perkara yang sama. Allah tidak mengutuk orang-orang Yahudi kerana mereka berbangsa Yahudi tetapi tindakan buruk mereka yang berlaku pada masa tertentu seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. (selanjutnya…)

Read Full Post »


imagesManusia tidak akan dapat mentaati segala perintah Allah dengan cara yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah melainkan manusia mempunyai cinta kepada Allah di dalam hatinya. Ini di namakan sebagai mempunyai iman yang betul atau beriman kepada Allah. Manusia tidak akan memperolehi iman yang betul atau beriman kepada Allah melainkan manusia menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran setelah mengucapkan Kalimah Mulia. Apabila umat Islam tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia ini bermaksud umat Islam telah melakukan kemungkaran yang sangat besar. (selanjutnya…)

Read Full Post »

Older Posts »