Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2013


Surat_Al_Baqarah

Bagaimanakah boleh ahli sarjana barat mendakwa bahawa Quran adalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Muhammad s.a.w memperolehi idea untuk menulis Quran melalui mendengar ceramah yang di beri oleh Ahli Kitab di Mekah dan Madinah. Bagaimana boleh Quran di tulis oleh Nabi Muhammad s.a.w sedangkan terdapat juga ayat yang di dalam Quran menerangkan kesilapan yang di buat oleh Nabi Muhammad s.a.w? Sekiranya, Quran di tulis oleh Nabi Muhammad s.a.w maka adalah sangat mustahil Nabi Muhammad s.a.w menulis kesilapannya dalam Quran. Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh membaca dan menulis dan bagaimana seseorang yang tidak boleh membaca dan menulis dapat menulis sebuah buku seperti Quran. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »


Surat_Al_Baqarah

Dalam ayat Quran, Allah mengingatkan manusia bahawa bumi di ciptakan untuk manusia berehat dan langit di ciptakan sebagai kubah untuk melindungi bumi. Allah yang Maha Esa menciptakan bumi dan langit sebagai kubah untuk melindungi bumi. Manusia membina rumah sebagai tempat berehat dan manusia membina bumbung untuk melindungi rumah. Allah menciptakan bumi dan manusia membina rumah di atas bumi sebagai tempat untuk berehat. Tanpa bumi yang di ciptakan oleh Allah maka manusia tidak dapat membina rumah sebagai tempat untuk berehat. Allah menciptakan langit sebagai kubah untuk melindungi bumi dan manusia membina bumbung rumah untuk melindungi penghuni rumah daripada matahari dan hujan. Manusia membina rumah bersama bumbung maka kediaman mereka sesuai menjadi tempat untuk berehat. Rumah tanpa bumbung tidak akan sesuai di jadikan tempat untuk berehat bagi manusia. Tanpa mempunyai rumah yang sesuai, manusia tidak akan boleh tidur dan berehat di dunia ini. Semua manusia tidak dapat hidup di dunia ini tanpa tidur dan berehat dalam kehidupan mereka. (selanjutnya…)

Read Full Post »


imageAdakah benar bahawa UMNO adalah sebuah parti yang telah tua? UMNO telah di tubuhkan pada tahun 1946 dan jika UMNO seorang manusia kini UMNO telah mencapai umur 67 tahun. Semasa UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ahli UMNO terutamanya orang melayu yang masih muda dan bertenaga serta bersemangat yang amat tinggi terhadap kebangsaan atau nasionalisme. Pemuda melayu yang menubuhkan UMNO dalam tahun 1946 merupakan pemuda melayu yang menerima pendidikan daripada penjajah tanah melayu iaitu British. Pada pandangan saya, pemuda melayu yang memulakan penubuhan UMNO adalah dari kalangan mereka yang belajar di England dan Australia. Semasa pemuda melayu ini belajar di England atau Australia, mereka sering tinggal bersama keluarga British dan Australia yang merupakan ibu dan bapa angkat mereka. Belajar di England atau Australia dan tinggal bersama keluarga angkat British atau Australia, pada pandangan saya sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan pelajar-pelajar melayu ini. Walaupun lahir sebagai melayu dan membesar dengan budaya melayu tetapi selepas mereka lulus dari belajar di Britain atau Australia, pemikiran dan kepercayaan mereka telah menjadi pemikiran dan kepercayaan orang British atau Australia yang sebenarnya telah jauh daripada kepercayaan dan pemikiran Islam. Pada zahirnya mereka orang melayu tetapi cara hidup mereka adalah sama dengan cara hidup orang British dan Australia. Cara pemakaian mereka sama seperti pakaian orang British, masa lapang mereka bermain golf dan masa bersama kawan-kawan dengan minuman alkohol serta menari bersama wanita. Pada pandangan saya, pemimpin-pemimpin UMNO yang awal adalah pemuda melayu yang belajar di Britain atau Australia yang telah menerima pakai kehidupan barat tetapi mereka masih dikurniakan dengan semangat kebangsaan di dalam hati mereka. Mereka sangat di hormati oleh orang melayu di Tanah Melayu dan mereka juga di anggap oleh orang melayu sebagai orang melayu yang bijak pandai, yang sangat berpotensi untuk menggantikan penjajah British sebagai pemimpin. (selanjutnya…)

Read Full Post »