Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2013


imagesManusia tidak akan dapat mentaati segala perintah Allah dengan cara yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w dan dengan niat hanya untuk sukakan Allah melainkan manusia mempunyai cinta kepada Allah di dalam hatinya. Ini di namakan sebagai mempunyai iman yang betul atau beriman kepada Allah. Manusia tidak akan memperolehi iman yang betul atau beriman kepada Allah melainkan manusia menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran setelah mengucapkan Kalimah Mulia. Apabila umat Islam tidak mengajak orang bukan Islam untuk mengucapkan Kalimah Mulia ini bermaksud umat Islam telah melakukan kemungkaran yang sangat besar. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »


love

Allah telah menciptakan kita dan kerana itu Dia mahu kita mencintai Dia. Allah memberi kita banyak perintah untuk di ikuti dengan niat hanya untuk sukakan Allah sehingga Allah suka. Alllah perintah kita untuk mencintai Allah, mencintai mereka yang di cintai oleh Allah dan mencintai semua makhluk yang telah di cipta oleh Allah. Allah tidak pernah memerintahkan kepada kita untuk membenci sesiapa, mana-mana bangsa dan sebarang agama. Siapakah manusia yang telah di cintai oleh Allah? Manusia yang telah di cintai oleh Allah adalah mereka yang mentaati segala perintah Allah dengan niat hanya untuk sukakan Allah sehingga Allah suka. Bagaimanakah untuk kita mengetahui seseorang itu telah di cintai oleh Allah? Seseorang yang telah di cintai oleh Allah adalah mereka yang memperolehi sifat tawaduk atau merendah diri. (selanjutnya…)

Read Full Post »


[15] Allah memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan
[16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
[17] Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
[18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
[20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

———————————————————————————————————————————————————————

Allah memperolok-olok terhadap munafiqin kerana mereka memperolok-olok terhadap orang beriman. Munafiqin pada asalnya adalah orang Islam yang telah diberi hidayah untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan mengerjakan solat lima waktu setiap hari. (selanjutnya…)

Read Full Post »


[15] Allah memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan
[16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
[17] Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
[18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
[20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

 —————————————————————————————————————————————————————

Di dalam ayat Quran sebelumnya ada di nyatakan, Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”. Siapakah syaitan yang dimaksudkan  di dalam ayat Quran ini? Syaitan yang di maksudkan di dalam ayat Quran ini adalah bukan Islam yang menjadi musuh kepada orang beriman dan Nabi Muhammad s.a.w. (selanjutnya…)

Read Full Post »


1326350157_25170162_16-PROMOSI-PAKEJ-MAJLIS-PERKAHWINAN-

Perkahwinan adalah satu kontrak yang mengikat seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang suami dan seorang wanita yang dikenali sebagai seorang isteri. Terdapat tanggungjawab  yang dikenakan ke atas kedua-dua belah pihak. Selagi tanggungjawab tersebut dipenuhi oleh suami dan isteri, perkahwinan itu akan menjadi teratur dan utuh. Jadi untuk dapat memenuhi tanggungjawab masing-masing, suami dan isteri mesti mempunyai ‘iman’. Tanpa ‘iman seseorang tidak akan dapat memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami dan kontrak perkahwinan akan berakhir dengan perceraian. Mereka berakhir dengan perceraian kerana mereka mahu menyelesaikan masalah mereka. Pada hakikatnya, perceraian tidak menyelesaikan masalah kerana teras masalah timbul daripada hakikat bahawa kedua-dua pihak tidak mahu mentaati perintah Allah. Selagi kedua-dua pihak terus menderhaka perintah Allah, walaupun selepas mereka bercerai, mereka akan terus mempunyai masalah. (selanjutnya…)

Read Full Post »