Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2013


[8] Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10] Dalam hati mereka (golongan munafiq) terdapat penyakit , maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka menipu
[11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12] Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.
[14] Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

——————————————————————————————————————————————————————

Orang munafiq telah menyebarkan amalan buruk kepada orang lain tetapi mereka tidak menyedarinya bahawa mereka menyebarkan amalan buruk kerana hati mereka berada di dalam kegelapan dan mereka tidak dapat melihat kebenaran. Mengapa amalan orang munafiq adalah amalan buruk? Amalan orang munafiq adalah amalan buruk kerana orang munafiq sentiasa menipu. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »


[8] Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[10] Dalam hati mereka (golongan munafiq) terdapat penyakit , maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka menipu
[11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.
[12] Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
[13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.
[14] Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

—————————————————————————————————————————————————————–

Dalam ayat Quran di atas Allah menerangkan kualiti dari mereka yang tidak beriman tetapi mereka mendakwa mereka adalah orang beriman. Siapakah mereka yang Allah telah jelaskan di dalam ayat Quran di atas? (selanjutnya…)

Read Full Post »


[1]  Alif, Laam, Mim.
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya,  ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa
[3] Iaitu orang-orang yang percaya kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan  sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]Dan juga orang-orang yang percaya kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin pada hari akhirat
[5]Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]Sesungguhnya orang-orang kafir , sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7]Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat pedih.

——————————————————————————————————————————————————————–

Apakah perintah pertama dari Allah yang telah di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya di Mekah? Perintah pertama yang di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya di Mekah adalah untuk mengucapkan Kalimah Mulia dan selepas mengucapkan Kalimah Mulia adalah menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. Perintah pertama dari Allah adalah bukan mengerjakan solat lima waktu seharian tetapi menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran. Semenjak lebih dari seribu tahun, ulama Islam telah mengajar umat Islam bahawa perintah pertama dari Allah selepas mengucapkan Kalimah Mulia adalah mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Semasa 10 tahun pertama misi Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya adalah menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan pengorbanan dan kesabaran tanpa perintah solat lima waktu. Setelah hanya mereka melakukan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran selama lebih kurang 10 tahun, Allah memberikan mereka perintah kedua iaitu melaksanakan solat lima waktu setiap hari. Perintah untuk melaksanakan solat lima waktu setiap hari adalah sebenarnya perintah kedua dari Allah dan bukan merupakan perintah pertama dari Allah. Perintah untuk melaksanakan solat lima waktu diberikan kepada umat Islam setelah umat Islam menjalankan kerja mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran di Mekah selama 10 tahun. (selanjutnya…)

Read Full Post »


[1]  Alif, Laam, Mim.
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya,  ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa
[3] Iaitu orang-orang yang percaya kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan  sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
[4]Dan juga orang-orang yang percaya kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin pada hari akhirat
[5]Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
[6]Sesungguhnya orang-orang kafir , sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
[7]Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

———————————————————————————————————————————————————————-

Ayat pertama dalam Surah Al Baqarah adalah ayat Alif Lam Mim. Ia adalah menarik untuk di ambil perhatian bahawa tiada yang mengetahui tentang maksud Alif Lam Mim melainkan Allah. Pada pendapat saya, perkataan Alif Lam Mim mesti mempunyai maksud yang sangat penting jika tidak Allah tidak meletakkan huruf Alif Lam Mim  sebagai ayat pertama dalam Surah Al Baqarah yang mana merupakan Surah Pertama dalam Quran selepas Surah Al Fatihah. Apakah yang terlalu penting pada ayat Alif Lam Mim? Tiada sesiapa termasuk Nabi Muhammad s.a.w mengetahui maksud ayat Alif Lam Mim. Yang tahu sebenar maksud Alif Lam Mim adalah Allah. Selain Allah tiada sesiapa pun yang mengetahui maksud Alif Lam Mim. Kenapa Nabi Muhammad s.a.w tidak mengetahui maksud Alif Lam Mim? Nabi Muhammad s.a.w tidak mengetahui maksud Alif Lam Mim kerana Allah tidak menyatakan maksud Alif Lam Mim kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w hanya mengetahui maksud ayat Quran apabila maksud ayat Quran di turunkan kepadanya. Dengan ayat Alif Lam Mim ini secara jelas menunjukkan Quran bukan perkataan Nabi Muhammad s.a.w tetapi ini adalah perkataan Allah yang telah di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kerja Nabi Muhammad s.a.w adalah hanya menerima perkataan Allah dan menyampaikan perkataan Allah kepada seluruh manusia. Sebahagian yang tidak beriman percaya Quran adalah perkataan Nabi Muhammad s.a.w  manakala beberapa orang kafir percaya Quran adalah perkataan syaitan dan mereka mahu membakar Quran.

(selanjutnya…)

Read Full Post »


Allah adalah Raja pada hari kiamat bermaksud hanya Allah yang merupakan satu-satunya Hakim pada hari pengadilan. Dalam kata lain, pada hari tersebut tiada hakim melainkan Allah dan pada hari tersebut Allah akan memberikan pertimbangan terakhir yang paling tepat pada seluruh manusia. Manusia  diberi oleh Allah peluang semasa hidup di dunia untuk membuat keputusan, samaada untuk taat atau ingkar perintah Allah. Seseorang yang memilih untuk ingkar perintah Allah akan mempunyai masa untuk bertaubat selagi mana seseorang itu hidup di dunia ini. Seseorang akan hilang peluang untuk taat perintah Allah, ketika seseorang itu meninggal dunia. Setiap manusia akan di adili pada hari pengadilan pada setiap amalan yang manusia telah lakukan di dalam dunia. Pada hari pengadilan seluruh manusia termasuk jin dan haiwan akan di adili oleh Allah. Sesiapa sahaja yang telah melakukan ketidakadilan samaada terhadap Allah atau diri sendiri atau orang lain akan di dakwa di Mahkamah Allah dan jika  di dapati bersalah, maka tidak akan terlepas dari hukuman Allah. Pada hari pengadilan tiada sesiapa pun boleh menipu Allah. Pada hari pengadilan, Allah akan mempunyai banyak saksi dan sehingga bahagian anggota badan juga akan menjadi saksi dan berupaya bercakap mengikut amalan yang telah manusia lakukan semasa hidup di dunia. Pada hari pengadilan tiada seorang pun yang boleh memperolehi perkhidmatan peguam bela dan peguam cara. Allah akan menjadi Raja pada hari pengadilan dan setiap manusia akan di adili oleh Allah dengan penuh keadilan. Apabila setiap bahagian anggota badan manusia menjadi saksi bagi setiap amalan yang manusia lakukan di dunia, maka tiada peluang bagi manusia untuk menipu pada hari pengadilan. Pada hari pengadilan tiada Hakim melainkan Allah dan Allah adalah Raja pada hari pengadilan. Pengadilan yang di jalankan oleh Allah pada hari kiamat akan penuh dengan keadilan dan kesaksamaan. Oleh itu, Allah merupakan satu-satunya Raja pada hari pengadilan. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Allah telah memerintahkan semua umat Islam untuk membaca Surah Al-Fatihah di dalam setiap solat lima waktu. Ia adalah wajib bagi setiap umat Islam untuk membaca Surah Al Fatihah di dalam setiap rakaat solat. Tanpa membaca Surah Al-Fatihah di dalam setiap rakaat solat, maka solat tidak akan di terima oleh Allah. Setiap umat Islam mengetahui bahawa menjadi kewajipan bagi mereka menunaikan solat lima waktu. Setiap umat Islam juga mengetahui bahawa menjadi kewajipan untuk setiap umat Islam membaca Surah Al Fatihah di dalam setiap rakaat dalam solat lima waktu. Sekiranya seseorang tidak membaca Surah Al Fatihah dalam mana-mana rakaat, solatnya akan menjadi tidak sah dan batal serta tidak di terima oleh Allah. Oleh itu, setiap umat Islam hendaklah membaca dan menghafal Surah Al Fatihah dengan betul dan mestilah memahami makna dan memahami tafsiran dari Surah Al Fatihah maka dengan itu umat Islam dapat mengamalkan perintah Allah yang mana terkandung dalam Surah Al Fatihah. Setiap umat Islam sepatutnya bukan hanya mengetahui makna tetapi juga hendaklah mengetahui tafsiran yang betul dari Surah Al Fatihah. Umat Islam akan hanya dapat mengamalkan pelbagai perintah Allah yang mana di jelaskan dalam Surah Al Fatihah apabila umat Islam memahami kedua-dua maksud dan tafsiran dari Surah Al Fatihah. Dalam setiap surah dalam Quran hanya Surah Al Fatihah sahaja di jadikan kewajipan oleh Allah untuk di baca oleh setiap umat Islam di dalam setiap solat. Allah yang mencipta manusia mahu manusia mengamalkan segala perintah Allah yang mana di tetapkan oleh Allah di dalam Surah Al Fatihah. Allah mahu segala perintah-Nya yang terkandung dalam Surah Al Fatihah untuk menjadi  amalan yang paling asas bagi setiap umat Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Read Full Post »

Older Posts »