Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2013


1

Ramai umat Islam merasa bahawa mereka adalah beriman atau mukmin tetapi hakikatnya mereka adalah hanya Islam. Apabila seseorang mengucapkan Kalimah Mulia, seseorang tersebut telah masuk Islam tetapi seseorang itu belum menjadi beriman atau mukmin. Mereka belum menjadi beriman, kerana Kalimah Mulia belum masuk ke dalam hati. Ramai umat Islam berfkir bahawa untuk menjadi beriman adalah sangat mudah. Sesetenganya berfikir bahawa mereka akan menjadi beriman dengan hanya mengucapkan Kalimah Mulia. Sesetengahnya berfikir mereka menjadi beriman, apabila mereka melaksanakan solat lima waktu. Sesetengahnya berfikir mereka menjadi beriman  mereka melaksanakan solat lima waktu secara berjemaah di masjid. Ramai umat Islam tidak memahami perbezaan orang Islam dan orang beriman. Ramai umat Islam berfikir perkataan Islam dan perkataan beriman adalah sama. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »


Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah kemungkaran dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang di kehendaki di ambil berat – Lukman Al Hakim, Ayat 17

Terdapat dua rukun penting atau Rukun dalam Islam. Satu adalah 5 Rukun Islam yang mana adalah lima amalan atau lima kerja yang mana setiap umat Islam samaada lelaki atau perempuan hendaklah melaksanakan dalam usaha untuk menjadi umat Islam. Manakala 6 Rukun Iman adalah hasil dari lima Rukun Islam. Seseorang yang melaksanakan 5 kerja atau amalan dari 5 Rukun Islam mesti memperolehi hasil iaitu 6 Rukun Iman. Tiada seorang pun yang akan menjadi benar beriman tanpa melaksanakan 5 Rukun Islam. Apabila seseorang tidak memperolehi hasil iaitu 6 Rukun Iman maka ini bermakna bahawa seseorang itu tidak melaksanakan 5 Rukun Islam dengan betul. Lima Rukun Islam adalah perintah utama dari Allah untuk badan manusia. Manakala 6 Rukun Iman pula adalah perintah utama yang berkaitan dengan minda dan roh manusia. Manusia terdiri dari roh, minda dan badan. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Bacalah

“Bacalah! Oh Muhammad dengan nama Tuhan yang telah mencipta manusia. Yang telah mencipta manusia dari segumpal darah beku. Bacalah, Tuhan kamu yang Maha Pemurah yang telah mengajar manusia dengan pena dan tulisan dan yang telah mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu “.

Ramai Cendikiawan Islam percaya bahawa ayat pertama, yang mana telah di turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w terutamanya perkataan ‘Bacalah’ dalam ayat di atas bermaksud memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam agar membaca. Pada pendapat saya, perkataan ‘Bacalah’ pada ayat di atas bukan bermaksud ayat perintah untuk belajar sepertimana ramai cendikiawan Islam biasanya faham tetapi ia mempunyai maksud sebenar untuk memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w untuk membaca apa sahaja yang telah di bacakan kepadanya oleh Malaikat Jibrail. (selanjutnya…)

Read Full Post »


aceh1

Penerbangan kami ke Medan di pagi Jumaat pada Februari pertama 2013. Destinasi kami adalah sebuah perkampungan kecil kawan kami Diki, yang dikenali sebagai Harapan Loning Lawe di Aceh Tenggara Sumatera Utara. Kawan kami, Diki telah menunggu kami di lapangan terbang Medan dan bersamanya ada dua van yang akan membawa kami ke kampungnya. Menurut Diki, keseluruhan perjalanan ke kampung beliau akan mengambil masa kira-kira tujuh jam. Apabila van kami menyusuri sepanjang jalan yang berliku dari Medan ke Aceh Tenggara kita boleh terasa betapa baiknya jalan raya di Malaysia. Saya sedar bahawa rakyat Malaysia hanya akan berasa bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia apabila mereka melalui perjalanan sepanjang jalan berliku  di Indonesia dan Kemboja. Dalam banyak kawasan-kawasan terpencil di Indonesia seperti Bengkulu dan Aceh Tenggara, semua jalan tidak baik dan terdapat banyak lubang sepanjang jalan. Walaupun terdapat sangat sedikit jumlah kereta yang bergerak di sepanjang jalan tetapi mereka semua telah bergerak pada kelajuan yang sangat perlahan. Semua kereta terpaksa bergerak pada kelajuan yang sangat perlahan kerana terdapat lubang begitu banyak di jalan raya yang dipenuhi dengan air. Apabila van kami menyusuri sepanjang jalan, saya dapat melihat bahawa terdapat juga banyak trak berat yang membawa beban berat barangan menggunakan jalan raya yang sama. Saya berfikir trak berat yang membawa beban berat barangan dan bersama-sama dengan kualiti rendah bahan yang digunakan untuk membuat jalan raya, telah menyebabkan banyak jalan di kawasan pedalaman Indonesia mempunyai banyak lubang . (selanjutnya…)

Read Full Post »