Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2012

Cinta & Perkahwinan


Cinta itu buta. Apakah maksudnya? Ini bermaksud kita mencintai seseorang tanpa sebarang alasan yang pasti. Kita jatuh cinta kepada seseorang dan kita tidak tahu alasan mengapa kita jatuh cinta dengan seorang lelaki ataupun perempuan. Kebanyakkan manusia telah lupa bahawa yang telah meletakkan cinta terhadap seseorang di dalam hati kita adalah tiada yang lain melainkan Pencipta manusia.Tiada sesiapa pun yang boleh memberikan cinta melainkan Allah. Allah yang Esa yang telah meletakkan cinta kepada seseorang di dalam hati di luar kawalan kita. Kita tidak boleh samaada meningkatkan dan mengurangkan jumlah cinta kepada seseorang di dalam hati kita melainkan dengan izin Allah. Allah yang letakkan cinta ke dalam hati untuk semua ibu terhadap anaknya. Allah menggunakan cinta sebagai maksud untuk melindungi dan memelihara anak-anak kecil yang tiada berdaya. Seorang ibu boleh berjaga setiap malam tanpa tidur, untuk memberi makan dan daripada anaknya menangis kerana Allah telah pupuk kasih sayang terhadap anaknya di dalam hati seorang ibu. Tiada siapa yang boleh menyemai cinta melainkan Allah. Apabila Allah tanamkan cinta ke dalam hati kita terhadap seseorang kita tidak dapat jumpa sebarang alasan, kenapa kita ada cinta terhadap seseorang itu. Kita tidak boleh cinta atau tidak cinta kepada seseorang dengan kita punya pilihan. Kita sebenarnya tiada pilihan. Apabila Allah telah tanamkan cinta terhadap seseorang di dalam hati, kita tiada pilihan melainkan terus mencintai orang itu. Allah masukkan di dalam hati kita cinta terhadap seseorang sebagai ujian untuk kita. Kita juga diuji dengan cara yang sama apabila Allah memberikan kekayaan dan kuasa. Allah menguji kita supaya kita dapat mengukur tahap iman kita. Kita akan mengetahui bahawa iman kita lemah apabila kita melanggar perintah Allah. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »