Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2012


Tarikat

Tarikat bermaksud laluan atau jalan yang seseorang perlu ambil untuk sampai kepada Allah. Laluan atau jalan hendaklah laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat hanya satu laluan atau jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya untuk mendapatkan Allah.  Terdapat hanya satu jalan untuk mendapatkan Allah dan tiada jalan lain selain daripada jalan yang telah di ambil oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapatkan Allah. Ada yang mengatakan bahawa destinasi kita adalah sama, tetapi terdapat banyak cara atau jalan untuk sampai ke destinasi. Sebagai contoh; destinasi kita adalah Kuala Lumpur tetapi terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Hujah tersebut kedengaran logik tetapi sangat mengelirukan. Pertama sekali, kita tidak boleh samakan Kuala Lumpur dengan Allah dan jalan atau tarikat untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai kepada Kuala Lumpur. Kuala Lumpur adalah tempat di dunia dan sudah tentu, banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Sesiapa boleh sampai Kuala Lumpur samaada melalui udara, jalan raya atau keretapi. Terdapat banyak jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Walaupun maksud tarikat adalah laluan atau jalan tetapi ini adalah tidak sama seperti Tarikat atau jalan untuk sampai kepada Allah. Allah adalah pencipta dunia dan alam semesta. Kita tidak boleh samakan jalan untuk sampai kepada Allah dengan jalan untuk sampai ke Kuala Lumpur. Dalam usaha untuk sampai ke Kuala Lumpur kita perlukan jalan tetapi kita tidak boleh gunakan analogi yang sama untuk sampai kepada Allah. Dalam usaha untuk sampai kepada Allah kita perlu menggunakan amalan soleh. Amalan soleh adalah jalan untuk sampai kepada Allah. Allah tidak mencintai kebendaan dunia tetapi Allah mencintai amalan soleh. Dengan kebendaan dunia, kita tidak boleh mendapatkan Allah tetapi kita boleh mendapatkan Allah dengan amalan soleh. Amalan soleh yang membawa kita hampir kepada Allah adalah Tarikat untuk mendapatkan Allah. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »


Pada pendapat saya, umat Islam yang percaya dengan dakwaan yang telah dibuat oleh Jemaah Tabligh bahawa iman akan meningkat apabila meluangkan masa dengan melakukan tabligh selama 3hari setiap bulan, 40hari setiap tahun dan 4bulan sekali seumur hidup adalah umat Islam yang telah ditipu oleh jemaah tabligh dan Jemaah Tabligh telah di tipu oleh Iblis. Saya telah melakukan penyelidikan saya sendiri dalam mencari kebenaran selama 30 tahun dan saya telah dapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sangat menyesatkan. Tiada walaupun satu ayat dari Quran dan Hadith dari Nabi Muhammad s.a.w yang mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Jemaah Tabligh. Iman tidak akan meningkat dengan mengerjakan banyak amal atau ibadah. Umat Islam yang percaya dengan banyak amal atau ibadah iman mereka akan menjadi kuat adalah di tipu oleh syaitan. Apabila seseorang boleh tertipu oleh syaitan, ini menunjukkan bahawa seseorang tersebut tiada keikhlasan dalam semua amalannya. Seseorang yang tiada keikhlasan dalam setiap amalannya adalah belum beriman lagi. Apabila Iblis memberitahu Allah bahawa dia akan menyesatkan semua anak Adam, Allah menjawab bahawa Iblis boleh menyesatkan hanya mereka yang tidak ikhlas, tetapi mereka yang ikhlas akan berada dalam pemeliharaan Allah. Selepas ketiadaan Maulana Ilyas rah. saya percaya Iblis telah berjaya menipu ‘elders’ Jemaah Tabligh. Manakala ‘elders’ Jemaah Tabligh pula telah menipu umat Islam seluruh dunia dengan kepercayaan bahawa iman akan meningkat  dengan meluangkan masa 3hari setiap bulan, 40hari setiap tahun dan 4 bulan sekali seumur hidup membuat tabligh. Elders’ Jemaah Tabligh juga menipu umat Islam dengan kepercayaan bahawa umat Islam hendaklah di perbetulkan dahulu sebelum mereka boleh menyampaikan dua kalimah syahadah kepada orang bukan Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Imej

Semua kuasa milik Allah. Kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menjadikan mereka ketua di dunia ini. Di dalam Surah An-Nur, Ayat 55, Allah berjanji untuk mengurniakan kuasa kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh tanpa perlu berusaha memperolehi kuasa. Seseorang yang telah beriman dan mengerjakan amal soleh hanya inginkan cinta Allah dan bukannya kuasa,  tetapi Allah akan memberikan mereka kuasa. Maksud hidup seseorang yang beriman dan beramal soleh adalah untuk memperolehi cinta Allah dan mereka sibuk dengan mentaati segala perintah Allah dengan niat hanya untuk sukakan Allah sehingga Allah suka. Apabila Allah telah suka kepada mereka, Allah berjanji untuk menjadikan mereka ketua di dunia ini. Seseorang yang beriman dan beramal soleh akan menggunakan kuasa yang diberi oleh Allah untuk menegakkan Islam di seluruh dunia. Allah menjadikan mereka ketua di dunia untuk meningkatkan darjat mereka, dan sebagai ketua, mereka akan membawa orang ramai untuk melakukan amalan yang lebih baik. Allah yang memiliki kuasa dan Allah anugerahkan dan menarik kuasa dari sesiapa yang Allah kehendaki. Allah memberi kuasa kepada mereka yang beriman dan beramal soleh adalah untuk menguji dan meninggikan mereka. Allah juga memberikan kuasa kepada mereka yang tidak beriman dan tidak beramal soleh adalah untuk menghukum mereka. Seseorang yang tidak beriman dan tidak beramal soleh akan menggunakan kuasa yang diberi oleh Allah untuk melanggar segala perintah Allah dan untuk mengumpul kekayaan dan bukan untuk menegakkan Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »