Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 4 Julai 2012


Kita mestilah berada bersama jemaah Muhammad s.a.w dan hanya dengan bersama jemaah ini kita akan mencapai keselamatan. Dalam usaha untuk mendapat cinta Allah, kita perlu menjadi sebahagian dari Jemaah Muhammad s.a.w. Kini terdapat banyak jemaah atau kumpulan orang Islam di seluruh dunia. Kesemua mereka mendakwa berada dalam Jemaah Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan makna yang lebih kurang ; umatku akan berpecah kepada 73 jemaah (kumpulan) tetapi hanya satu jemaah (kumpulan) sahaja mengikut jalan yang benar. Apabila para sahabat Nabi s.a.w. bertanya yang manakan jemaah (kumpulan) mengikut jalan yang benar? Nabi Muhammad s.a.w menjawab dengan makna yang lebih kurang; jemaah atau kumpulan yang mengikut aku dan sahabatku. Sesiapa yang mengikuti para sahabat Nabi Muhammad s.a.w akan juga mengikuti Nabi Muhammad s.a.w dan jemaah atau kumpulan yang mana mengikut jalan yang benar adalah jemaah atau kumpulan yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya. Sekumpulan manusia tidak akan membentuk jemaah atau kumpulan melainkan mereka mempunyai ketua atau Amir. Amir jemaah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya adalah Nabi Muhammad s.a.w sendiri dan selepas kewafatan baginda s.a.w. amir jemaah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya adalah ‘Naib’ Nabi Muhammad s.a.w atau ‘Naib’ Nabi Muhammad s.a.w. ‘Naib’ Nabi Muhamamad s.a.w bukannya nabi tetapi mempunyai misi, visi dan kerja yang sama seperti Nabi Muhammad s.a.w. Apakah kerja Nabi Muhammad s.a.w? Kerja Nabi Muhammad s.a.w adalah mengajak manusia kepada Allah dengan penuh keyakinan, kesabaran dan ketabahan. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »