Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2012


kesatuan-dalam-desain-grafis

Ini merupakan topik penting yang akan dibincangkan dan diterangkan kepada semua umat Islam. Allah telah perintahkan semua umat Islam untuk bersatu dan berpegang pada tali Allah. Perpaduan umat Islam adalah hasil daripada amalan yang baik dan bukan matlamat dari amalan kita. Perpaduan bukan matlamat kerana matlamat kita adalah hanya untuk taat Allah dan niat kita dalam mentaati Allah hanya nak sukakan Allah sehingga Allah suka. Apabila umat Islam taat segala perintah Allah dengan niat hanya nak buat Allah suka, Allah akan membuat umat Islam bersatu. Umat Islam tidak akan mudah bersatu kerana kita hanya memberitahu mereka untuk bersatu. Kita boleh memberi ceramah yang panjang berkenaan dengan perpaduan tetapi saya percaya perpaduan tidak akan datang kepada umat Islam dengan kuliah semata-mata. Umat Islam akan bersatu hanya apabila mereka mempunyai Allah di dalam hati mereka dan amalan Nabi Muhammad s.a.w pada anggota badan mereka. Allah sahaja yang boleh mengikat hati sesama manusia. Hati akan hanya di ikat apabila hati mempunyai cinta Allah. Apabila terdapat cinta Allah di dalam hati, kita telah pun bersatu. Apabila kita mempunyai Allah dalam hati, kita akan membuat semua amalan kerana perintah Allah dan niat membuat amalan hanya nak sukakan Allah sehingga Allah suka. (selanjutnya…)

Advertisements

Read Full Post »


Read Full Post »


masaSurah Al-Asr merupakan surah yang sangat kecil dari Al-Quran, yang di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu adalah Masa. Walaupun ia merupakan surah yang kecil dalam al-Quran, namun ia adalah surah yang amat penting di dalam Quran. Imam Syafie, imam yang terkenal pernah mengatakan dengan makna yang lebih kurang, jika sekiranya surah ini sahaja yang di turunkan oleh Allah kepada manusia dan manusia mengamalkan apa yang telah diberitahu melalui surah ini, maka sudah cukup bagi manusia untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

(selanjutnya…)

Read Full Post »


Tiada yang lebih utama kepada umat Islam melainkan melaksanakan dan menghidupkan amalan Rukun Islam pertama. Apakah amalan yang berkaitan dengan rukun islam yang pertama? Persoalan ini tidak pernah terjawab, dan diterangkan serta di huraikan oleh ulama Islam di seluruh dunia. Setiap umat dan ulama Islam sepenuhnya telah berpuas hati dengan pemahaman bahawa Rukun Islam pertama hanya mengucap dua kalimah syahadah iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah hanya sekali dalam seumur hidup. Selain daripada mengucap dua kalimah syahadah, tiada amalan yang berkaitan dengannya. Seseorang hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah hanya sekali dan mereka telah pun menjadi seorang muslim dan beriman. Ini merupakan amalan biasa selepas seseorang memeluk agama Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »