Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mei 2012


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, iman akan luntur seperti besi akan mendapat karat. Pada riwayat yang lain, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, perbaharuilah iman kamu. Kemudian para sahabat r.hum bertanya, bagaimana ya Rasulullah? Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda, perbanyakkan ucapan Tiada Tuhan melainkan Allah. Kita akan memperbaharui iman kita dengan banyak bercakap pergertian kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita banyak bercakap mengenai maksud kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Untuk memperbaharui iman, para sahabar r.ahum serng bercakap mengenai kalimah mulia di kalangan mereka. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w sentiasa bimbang tentang keadaan iman mereka. Apabila mereka merasakan iman mereka agak lemah, mereka duduk dalam satu bulatan dan mengingatkan satu sama lain tentang maksud kalimah mulia. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w memahami nilai iman dan mereka sentiasa risau dan bimbang tentang iman mereka. Mereka mengetahui dan memahami keadaan iman mereka meningkat dan menurun. Pada masa itu, umat Islam yakin dengan sepenuhnya bahawa tiada yang lebih berharga berbanding iman. Mereka rela mati untuk iman dan mereka tidak sanggup untuk kehilangan iman. (selanjutnya…)

Read Full Post »