Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2012


Bunyinya sukar untuk dipercayai bahawa umat Islam seluruh dunia kini masih belum begitu jelas apakah perintah pertama dari Allah. Apabila seseorang memeluk agama Islam apakah perintah pertama dari Allah yang sepatutnya dilakukan. Umat Islam seluruh dunia berfikir perintah pertama dari Allah adalah solat lima waktu setiap hari dan setelah seseorang memeluk agama Islam perintah pertama dari Allah yang perlu dilakukan oleh muallaf adalah solat lima waktu setiap hari. Adakah benar perintah pertama dari Allah adalah solat lima waktu setiap hari ataupun menyampaikan kalimah mulia iaitu Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah kepada orang bukan Islam. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Allah s.w.t telah memberikan kerja nabi kepada sesiapa sahaja yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam Al-Quran, Surah Yusuf ayat 108 yang lebih kurang maksud, katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku (kerjaku), mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh, inilah jalanku(kerjaku) dan orang-orang yang mengikuti aku. Allah telah memberikan kerja mengajak manusia kepada Allah bagi Nabi Muhammad s.a.w dan untuk orang yang mengikutinya. Orang yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w di kenali sebagai pengikut nabi s.a.w. atau umat. Allah berfirman dalam Al-Quran: Surah Ali-Imran ayat 110 yang lebih kurang maksud, Kamu umat terbaik, yang dihantar kepada seluruh manusia, kerana kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Berikut adalah senarai Top Blogger di Malaysia 2011 untuk edisi blog bahasa melayu. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Orang Islam mempunyai Enam Rukun Iman dan Lima Rukun Islam. Enam Rukun Iman adalah perintah Allah bagi hati dan Lima Rukun Islam adalah perintah Allah untuk badan kita. Hati merupakan raja bagi anggota badan dan apa sahaja kehendak hati maka anggota badan akan melakukannya. Tetapi yang sebenarnya, hati akan dipengaruhi oleh apa yang anggota badan sering lakukan dan apa yang telah di sebut berulang kali oleh lidah. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan makna yang lebih kurang, tidak akan baik manusia itu melainkan baik hatinya, tidak akan baik hatinya melainkan betul imannya, tidak akan betul imannya melainkan betul percakapannya. Apa yang sentiasa disebut berulang kali oleh seseorang maka itulah yang menjadi kepercayaannya dan Allah telah memberi kita satu perkataan yang paling mulia kepada setiap manusia untuk di sebut berulang kali untuk membetulkan kepercayaan manusia iaitu Aku Naik Saksi Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Aku Naik Saksi Muhammad Pesuruh Allah. Untuk memastikan kalimah yang mulia ini tertanam ke dalam hati kepada setiap individu lelaki dan perempuan, kalimah mulia ini hendaklah di sebut berulang kali oleh setiap lelaki dan perempuan. (selanjutnya…)

Read Full Post »