Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2012


Allah s.w.t telah menghantar kesemua nabi untuk mengingatkan keseluruhan manusia tentang kewujudan Allah dengan mengatakan tiada tuhan melainkan Allah dan mentaati segala perintah Allah seperti yang di tunjukkan oleh nabi. Semua nabi yang Allah rahmati merupakan wakil bagi Allah kepada setiap manusia dan setiap nabi telah ditentukan masa dan kaum kepada siapa mereka dihantar. Terdapat juga keadaan dimana pada satu masa yang sama telah dihantar ramai nabi kepada ramai kaum ataupun masyarakat. Semua nabi telah diberikan oleh Allah kalimah yang mulia,iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan nabi hanya hamba dan utusan Allah. Nabi bukan tuhan tetapi mereka adalah manusia biasa yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi rasul-Nya kepada manusia. (selanjutnya…)

Read Full Post »


dakwah non muslim

Allah telah memuliakan orang Islam dengan kalimah yang mulia. Kalimah yang mulia adalah Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Kalimah yang mulia adalah kalimah yang diberi kepada semua nabi dan kesemua nabi di perintahkan oleh Allah untuk mengajak manusia supaya mengucap kalimah mulia. Walaupun umat Nabi Muhammad s.a.w bukan nabi tetapi tugas untuk mengajak manusia supaya mengucap kalimah yang mulia telah diberikan kepada umat ini. Umat Muhammad s.a.w telah dimuliakan dengan kerja nabi. Kerja yang mulia telah diberikan kepada seluruh umat Muhammad sama ada lelaki dan perempuan. Apabila seseorang telah mengucap kalimah mulia, mereka sebenarnya telah memasuki islam dan tugas serta kewajipan kepada mereka adalah menyampaikan kalimah yang mulia kepada mereka yang belum pernah mengucap kalimah yang mulia dan mengajak mereka melakukan perkara yang sama. Amalan menyampaikan dan mengajak manusia supaya mengucap kalimah yang mulia dinamakan kerja dakwah ataupun tabligh. (selanjutnya…)

Read Full Post »