Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2010


lim-kit-siang

Mengikut perlembagaan Malaysia, siapa sahaja tidak kira bangsa atau agama boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Sekiranya parti pembangkang memenangi pilihanraya yang akan datang dan Lim Kit Siang menjadi ketua pembangkang, dalam apa jua keadaan pun Lim kit Siang layak untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Apabila Parti Kongres India memenangi pilihanraya di India, Sonia Ghandi sepatutnya menjadi perdana menteri India kerana dia merupakan ketua Parti Kongres India pada masa itu dan kini. Walaubagaimanapun dia tidak menjadi perdana menteri India kerana mengikut kelahiran dia adalah bukan keturunan India tetapi kelahiran Itali. Golongan Hindu membantah cadangan tersebut iaitu melantik orang yang berketurunan bukan India menjadi perdana menteri India. Sonia ialah isteri kepada Rajiv Ghandi yang merupakan bekas perdana menteri India dan Sonia telah mendapat status warganegara India. (selanjutnya…)

Read Full Post »


Ahli PAS telah lama menganggap Nik Aziz sebagai tuan guru mereka. Tuan guru membawa maksud seorang yang Allah telah anugerahinya dengan ilmu dan kebijaksanaan. Apabila tuan guru memberi pandangan dalam apa jua permasalahan, ianya menjadi sebab penyelesaian kepada satu-satu masalah. Kata-kata yang keluar daripada mulut seorang yang bergelar tuan guru sepatutnya bercahaya . Orang yang mendengarnya pasti bertambah kefahaman tentang suatu perkara apabila mendengar kata-katanya. Apabila tuan guru diminta memberi pandangan tentang suatu hal oleh orang ramai, pandangannya mestilah membuatkan orang ramai merasa tenang dan puas hati. Nik Aziz dikenali oleh orang ramai bukan sebagai seorang ustaz atau guru agama biasa. Ustaz hanyalah guru agama yang mengajar agama di sekolah dan di masjid. Apabila seorang yang bukan sahaja mengajar pengetahuan agama tetapi juga mampu memberi panduan dan pandangan agama kepada orang ramai biasanya ia dikenali sebagai tuan guru. (selanjutnya…)

Read Full Post »